Waktu Solat

Sabtu, 22 Januari 2011
Tiga bekas Pemain Kelantan Ganggu Perancangan T-Team?
Impian T-team untuk menjuarai sekurang-kurangnya satu piala musin ini ,mungkin sedikit terencat.Malah kesebelasan pemain utama T-team juga mungkin terpaksa dibubarkan,andaikata keputusan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) yang akan bersidang 26hb Januari 2011 ini,tidak memihak kepada mereka.
Ketiga-tiga pemain T-Team yang akan mengadap Jawatankuasa Status pemain FAM isnin ini, ialah Indra Putra Mahyuddin,Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.Mereka didakwa atas kesalahan melanggar kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan.
Dalam pada itu,Bernama hari ini,melaporkan Ketua Jurulatih T-Team Yunus Alif,memohon agar Jawatankuasa tersebut dapat membuat keputusan dengan bijaksana,bagi membolehkan ketiga-tiga pemain tesebut beraksi.Malah Yunus juga berkata ketiga-tiga pemain tersebut tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pasukan,walaupun hari-hari turun berlatih.
Sebelum ini,Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM Datuk Takiyuddin berkata mereka yang melanggar kontrak dengan mana-mana pasukan boleh digantung selama semusim.
T-Team akan bertemu Kedah di tempat lawan 29hb Januari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan