Waktu Solat

Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

Rabu, 30 Mac 2011

FAM CUBA “SELAMATKAN” PAHANG???


Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM semalam, memutuskan untuk mengubah jadual perlawanan Piala FA  yang diawalkan sehari dari tarikh asalnya.

Jadual asal Perlawanan separuh akhir pusingan pertama Piala Fa yang melibatkan pertemuan Terengganu bertemu Pahang ialah pada 13 mei iaitu pada hari Jumaat akan dilangsungkan pada 12 Mei,hari Khamis.

Pada peringkat awal perlawanan tersebut dijadualkan akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Syah,bandaraya Kuala Terengganu,Terengganu.Ini kerana Stadium Darul Makmur Kuantan “diwar-warkan” akan di tutup bagi tujuan baikpulih stadium tersebut sebagai persediaan sebagai tuan rumah SUKMA 2012.

Namun dalam mesyuarat semalam,FAM  mengumumkan Pahang akan kekal beraksi sebagai tuan rumah di Stadium Darul Makmur 


.
Aksi pusingan kedua Piala Fa juga turut diawalkan sehari iaitu Isnin,16 Mei akan dilangsungkan pada Ahad,15 Mei.Bagaimanapun masa dan venue perlawanan dikekalkan.


Tindakkan FAM yang seringkali tidak kosisten dan selalu mengubah jadual dan venue perlawanan,telah menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penyokong pasukan Terengganu yang aktif dalam facebook.

Malah,ada yang mendakwa tindakan FAM ini adalah untuk “menyelamatkan”pasukan Pahang dari tersingkir dalam saingan Piala FA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...