Waktu Solat

Ahad, 3 April 2011
SABAH MANGSA PERTAMA KEBANGKITAN T-TEAM
T-TEAM 3
Haris Safwan (m-7)
Zairol Anuar ( m-14 )
Norfarhan ( m-38 )
Dalam perlawanan tersebut T-Team menewaskan Sabah 3-0.
T-Team ternyata garang apabila menjaringkan gol seawal minit ke-7 menerusi jaringan penyerang utama Haris Safwan yang mudah memperdayakan penjaga gol Sabah,Syed Adney.
Zairol Anuar yang bermain di posisi tengah menceriakan penyokong T-Team apabila menghasilkan gol cantik menerusi sepakkan percuma pada jarak 20 meter pada minit ke-14.
Norfarhan pula mula menemui sentuhan dan menamatkan badi kemarau gol dalam aksi liga super apabila berjaya menjaringkan gol ketiga untuk pasukan T-Team pada minit ke-38.
Bersambung pada babak kedua,ternyata harapan penyokong untuk melihat pesta gol melesat sama sekali.Walaupun T-Team menguasai permainan dan mempunyai banyak peluang ,namun pemain T-Team gagal memafaatkan peluang yang terhidang dengan baik.
Sebaliknya,Sabah pula nyaris-nyaris memperolehi jaringan pada minit ke-65 ,namun tiang menjadi penyelamat pasukan T-Team.
T-Team akan bertemu Kelantan,musuh barunya pada selasa ini.MUNGKIHKAN KELANTAN PULA AKAN MENJADI MANGSA KEDUA KEBANGKITAN T-TEAM???
Kesebelasan utama pemain :
T-TEAM:
Azizi,Nor Fazly,Subri Sulong,Zairol Anuar(Amzar Junaidi),Norfarhan(Mohd Kamal),Indra putra,Tengku Hasbullah,Rosdi Talib (KP),Mohd Syamsuri (PG),Azrul Hazran(Shamsul Kamal),Mohd Haris Syafwan.
FORMASI : 4-4-2
Hariri,Reitauddin(KP),Sumardi(Julamri),Zuraindey,Razlan,Alto,Rosdin,Sharul Azhar(Stanley Bernard),Zainizam(Radzi),Syed Adney (PG),Sabri
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : T-Team (3) Sabah (1)
Percubaan tersasar : T-Team (3) Sabah (4)
Sepakan sudut : T-Team (11) Sabah (3)
Sepakan percuma : T-Team (4) Sabah (3)
Offsaid : T-Team (1) Sabah (0)
Kekasaran : T-Team (3) Perlis (4)
Kad kuning : T-Team (Azizi) ,Sabah(Reitauddin(KP))
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : 1Enam minit
Penguasaan bola : T-Team (69%) Perlis (31%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Shahimi Bin Abdullah
Penolong Pengadil 1: Abdul Basith Bin Hamid
Penolong Pengadil 2: Rosli B. Mohd Noor
Pegawai Keempat : Suhaimi Bin Mat Hassan
Komisioner Perlawanan : Abd.Rahim Bin Haji Ali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan