Waktu Solat

Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

Rabu, 2 Mac 2011

SANG PENYU BENAM SANG LEBAH



Terengganu meneruskan malam kemenangan setelah membenam Johor FC 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,dalam aksi Liga Super semalam.

Kemenangan tersebut meletakkan Terengganu di tempat ke-3 carta Liga Super dengan mengutip 11 mata setakat ini,mengekori rapat pasukan perak yang mengekori pendahulu liga pasukan Kelantan.

Perlawanan tersebut yang disiarkan secara langsung di radio Ganusoccer MyFM menyaksikan Terengganu  menggegarkan gawang pelawat seawal minit ke-7 melalui Hadi Yahya.Selepas itu,Ismail Faruqi bekas pemain T-Team pula menambah derita Sang Lebah pada minit 12 apabila sepakkan percuma di penjuru kanan melambung cantik memasuki gawang gol Johor FC.

Pada separuh masa kedua Ashaari Shamsudin pula menghadiahkan gol kepada penyokong setia Terengganu pada minit ke-77,melengkapkan kemenangan malam tersebut dengan keputusan 3-0.

Setakat ini Ashaari Shamsuddin mengumpul 4 gol peribadi menyamai rakan sepasukannya  Abdul Hadi Yahya.

Jumaat ini,pasukan Terengganu akan bertemu ATM digelanggang lawan dalam pusingan kedua aksi Piala FA.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...