Waktu Solat

Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

Khamis, 3 Mac 2011

Awas!!!! Serangan Hendap ATM


Terengganu ibarat sebelah kaki sudah berada di suku akhir apabila bertemu pasukan ATM dalam aksi Piala FA pusingan kedua kalah mati petang nanti,di stadium Majlis Pebandaran Selayang Selangor.

Pertemuan antara pasukan Terengganu yang berstatus Liga Super dan ATM dari Liga Perdana,menampakkan perbezaan yang begitu ketara antara kedua-dua pasukan.Hanya keajaiban sahaja boleh terbalikkan ramalan di atas kertas.

Namun,anak didik Irfan bakti harus berhati-hati dengan pasukan ATM ini.Andaikata Terengganu memandang rendah akan kemampuan pasukan ATM ini,mimpi ngeri pasti akan menghantui pasukan Terengganu hingga ke hujung musim.

Kenapa??? Kerana  pasukan ATM mampu membuat serangan hendap secara mengejut tanpa dijangka pihak lawan.Kawalan ketat dan tumpuan harus diberi kepada kepada pemain seperti Faturozi Razi ,Yusaini Hafiz Che Saad  , A. Jaganthan , Venice Elphi dan  Syafiq Abdul Samad yang mampu merombek pertahanan Terengganu.

Harus diinga, setakat ini pasukan ATM  hanya bolos 3 gol sahaja dengan jaringan 8 gol.Ini bererti pasukan ATM mempunyai benteng pertahanan yang kukuh dan mempunyai pemain penyerang yang efisyen.Malahan,pasukan ATM kini berada ditangga kedua carta Liga Perdana selepas pasukan PKNS FC.

Walaubagaimana pun,Terengganu harus menang dalam perlawanan ini.Andaikata ingin teruskan saingan dalam aksi Piala FA setelah adiknya T-Team tersingkir diperingkat awal.

Diharapkan gandingan Ashaari dan Manaf  yang dilihat mula menemui rentak dapat menjaringkan gol sebanyak mungkin petang nanti.Sekaligus menarik kembali peminat bola sepak Terengganu ke Stadium.

Moga-moga doa..penulis untuk melihat Terengganu menang 4-1 termakbul..Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...