Waktu Solat

Rabu, 16 Februari 2011
Kelantan Mangsa Pertama T-Team??
Kosmo online hari ini melaporkan ketua jurulatih T-Team Yunus Alif Mahu menjadikan Kelantan sebagai mangsa pertama kepada kebangkitan anak buahnya apabila dua pasukan itu bertemu pada aksi awal Piala FA esok di stadium Sultan Ismail Nassaruddin syah Terengganu.
Walaupun hanya mengutip 1 mata daripada empat perlawanan dan menduduki tangga kedua tercorot berbanding Kelantan yang berada di puncak carta liga dalam aksi piala Liga Super,T-Team mempunyai sebab tersendiri untuk menamatkan perjuangan skuad kendalian Dato M.K dalam saingan piala FA 2011.
Keletihan akibat terlalu kerap bermain di gelanggang lawan merupakan punca utama kekalahan 3 kali berturut-turut pasukan T-Team.Menurut Yunus Alif ,kecergasan pemainnya juga terjejas apabila perlu bertandang ke gelanggang lawan dalam tempoh yang singkat.
Kali ini,T-Team tiada lagi alasan penat bermain di gelanggang lawan terlalu kerap.Ini kerana,esok T-Team akan bermain di gelanggang sendiri buat pertama kalinya pada musim ini.Dan KELANTAN ADALAH MANGSA PERTAMA untuk di tewaskan T-Team??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan